UPIN & IPIN :)
Ehsan selaku ketua kelas melangkah masuk ke dalam bilik darjah dan menyuruh murid-murid yang lain supaya menyiapkan kerja matematik, sementara Cikgu Jasmin bermesyuarat dengan Guru Besar dan guru-guru lain. Ketika tengah menjawab soalan-soalan yang diberikan itu, Cikgu Jasmin pun masuk kelas dan mengumumkan kepada mereka bahawa pihak tadika akan menganjurkan persembahan sempena akhir tahun persekolahan kelak.
Pementasan tersebut ialah muzikal "Kisah Penggembala dan Serigala". Cikgu Jasmin mengedarkan kertas yang tertulis watak yang diberi kepada murid-muridnya. Ijat yang biasanya berat mulut itu tampil sebagai pencerita, membuat seluruh kelas terkejut. Upin dan Ipin dipilih sebagai orang kampung, manakala Jarjit menjadi gembala. Mei Mei, Ehsan dan Fizi menjadi biri-biri, sementara Mail menjadi serigala. Susanti, Devi dan Nurul menjadi bunga. Mei Mei tidak suka dengan watak biri-biri dan meminta supaya wataknya ditukar, tetapi dia dipesan oleh Cikgu Jasmin supaya menerima peranan itu, apatah lagi diejek oleh Mail. Murid-murid sekalian diminta supaya membuat persediaan yang secukupnya untuk pementasan itu kelak.
Bahagian 2Sunting
Selepas waktu sekolah, Upin dan Ipin mendapat keizinan daripada Kak Ros untuk "membuat kerja rumah" di luar, mereka berjumpa dengan kawan-kawan dekat pondok dengan bahan-bahan kadbod dan kotak kosong untuk dijadikan busana. Mei Mei telah menyiapkan topeng biri-biri, tetapi masih beria-ia untuk menolak watak biri-biri. Akan tetapi, setelah dipuji oleh kawan-kawannya kerana pandai meniru suara biri-biri, Mei Mei akhirnya menerima watak itu dengan hati terbuka.Kegiatan Upin, Ipin dan kawan-kawan mereka turut dilihat oleh Abang Salleh yang kebetulan tiba di situ. Dia membidas hasil busana buatan mereka yang kurang memuaskan, dan menjanjikan busana yang lebih cantik kepada mereka. Selepas mengambil ukuran kanak-kanak itu, Salleh turut membantu Ijat memperhalusi kemahiran berucapnya selaku pencerita. Akhirnya, hari penuh gemilang pun tiba. Guru Besar mempersembahkan "Kisah Gembala dan Serigala" kepada para ibu bapa murid-murid. Akan tetapi, persembahan tidak bermula dengan cukup lancar.