Di bilik Kelas Aman Tadika Mesra, Upin dan Ipin
bermain ular dan tangga dengan kawan-kawan mereka. Ipin yang buahnya
cuma empat langkah jauhnya daripada petak penamat melambung dadu dan
mendapat enam, jadi dia dengan sukacitanya mengalihkan buahnya melepasi
batas papan permainan. Akan tetapi, dia dikira tidak menang kerana
langkah lebihan itu perlu diundur dari petak penamat. Setelah dipesan
oleh Fizi
bahawa pemain yang mendapat enam pada dadu boleh melambung lagi. Namun
begitu, Ipin berulang-ulang mendapat enam sahaja sampai pemain lain
penat menunggu giliran.
Ehsan
selaku ketua kelas melangkah masuk ke dalam bilik darjah dan menyuruh
murid-murid yang lain supaya menyiapkan kerja matematik, sementara Cikgu Jasmin bermesyuarat dengan Guru Besar
dan guru-guru lain. Ketika tengah menjawab soalan-soalan yang diberikan
itu, Cikgu Jasmin pun masuk kelas dan mengumumkan kepada mereka bahawa
pihak tadika akan menganjurkan persembahan sempena akhir tahun
persekolahan kelak.
Murid-murid mencabut wataknya untuk pementasan kelak.
Pementasan
tersebut ialah muzikal "Kisah Penggembala dan Serigala". Cikgu Jasmin
mengedarkan kertas yang tertulis watak yang diberi kepada
murid-muridnya. Ijat
yang biasanya berat mulut itu tampil sebagai pencerita, membuat seluruh
kelas terkejut. Upin dan Ipin dipilih sebagai orang kampung, manakala
Jarjit menjadi gembala. Mei Mei, Ehsan dan Fizi menjadi biri-biri, sementara Mail menjadi serigala. Susanti, Devi dan Nurul
menjadi bunga. Mei Mei tidak suka dengan watak biri-biri dan meminta
supaya wataknya ditukar, tetapi dia dipesan oleh Cikgu Jasmin supaya
menerima peranan itu, apatah lagi diejek oleh Mail. Murid-murid sekalian
diminta supaya membuat persediaan yang secukupnya untuk pementasan itu
kelak.
Selepas waktu sekolah, Upin dan Ipin mendapat keizinan daripada Kak Ros
untuk "membuat kerja rumah" di luar, mereka berjumpa dengan kawan-kawan
dekat pondok dengan bahan-bahan kadbod dan kotak kosong untuk dijadikan
busana. Mei Mei telah menyiapkan topeng biri-biri, tetapi masih
beria-ia untuk menolak watak biri-biri. Akan tetapi, setelah dipuji oleh
kawan-kawannya kerana pandai meniru suara biri-biri, Mei Mei akhirnya
menerima watak itu dengan hati terbuka.
Salleh mengukur badan kanak-kanak untuk kostum.
Kegiatan Upin, Ipin dan kawan-kawan mereka turut dilihat oleh Abang Salleh
yang kebetulan tiba di situ. Dia membidas hasil busana buatan mereka
yang kurang memuaskan, dan menjanjikan busana yang lebih cantik kepada
mereka. Selepas mengambil ukuran kanak-kanak itu, Salleh turut membantu
Ijat memperhalusi kemahiran berucapnya selaku pencerita.
Akhirnya, hari penuh gemilang pun tiba. Guru Besar mempersembahkan
"Kisah Gembala dan Serigala" kepada para ibu bapa murid-murid. Akan
tetapi, persembahan tidak bermula dengan cukup lancar.